Brisbane 2032 Paralympic Games

Sukan Paralimpik Musim Panas 2032 atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-19, juga dikenali sebagai Brisbane 2032, merupakan sebuah acara sukan antarabangsa yang akan dianjurkan dari 24 Ogos hingga 5 September 2032 di Brisbane, Queensland, Australia.[1]Temasya ini merupakan kali kedua Australia mengadakan Sukan Paralimpik Musim Panas selepas Sydney 2000. Selain itu, negara Australia juga akan menjadi negara keempat yang menganjur Sukan Paralimpik sebanyak dua kali selepas United Kingdom, Jepun dan Amerika Syarikat. Temasya ini turut merupakan kali kedua Sukan Paralimpik dianjurkan di Hemisfera Selatan.

Brisbane 2032 Paralympic Games

Upacara pembukaan 24 Ogos
Stadium utama The Gabba
Bandar tuan rumah Brisbane, Australia
Upacara penutupan 5 September